Saturday, April 9, 2016

Resepi Kiwi Fruit Yogurt Mousse cake

Makcik belanja satu resepi malam ni. Kesian jenguk blog macam terabai je. Huhuhu..



Kiwi Fruit Yogurt Mousse cake
By: Aku.Zack

1 lapisan kek span
1/2C @ 115g buah kiwi, diblender dan sukat 1/2C
1/2C @ 115g air minuman yogurt Bliss perisa Epal Kiwi
1sb gelatin
50g air masak
45g gula (atau lebih kurang)
200g non-dairy whip topping, pukul kental

1. Masak puree kiwi bersama gula sampai gula hancur. Biarkan sejuk.
2. Campukan gelatin + air, biarkan 5 minit. Panaskan dlm microwave 5saat atau hinga gelatin hancur. Pastikan jangan terlebih panas atau gelatin akan rosak.
3. Tuangkan puree+gula, yogurt dan gelatin ke dalam satu mangkuk. Gaul sebati.
4. Putarkan campuran ini ke dalam whip topping, gaul sebati. Kemudian tuangkan ke atas lapisan base kek sponge size 7x7@8x8in. Ratakan. Biarkan sejuk 6 jam. Hiaskan dengan taburan potongan kiwi.

Saturday, April 2, 2016

Beralih Ke Page

Assalammualaikum wbt,

Makcik sekarang tak sempat nak berblogging dan update post memandangkan bz menjaga baby yang kecil. Apa-apa resepi atau gambar makcik cuma sempat update di page Facebook pada link ini: https://www.facebook.com/AkuZack-Cakery-1509308679309744/

Terima kasih sebab sudi follow makcik Zack sejak 2007 lagi. Nampaknya mungkin jodoh kita tak lama, kawan-kawan bloggers pun dah tak semua berblogging sangat. Mana tahu, suatu hari nanti ada rezeki makcik ada masa yang panjang nak uruskan dua-dua page dan blog, aamiin.

Until next time,

Salam kesayuan dari Aku.Zack@zachoes.blogspot.com~

Friday, January 29, 2016

Setelah Lama Bertapa..

Salam sejahtera,

Lama tak menjenguk blog ni. Rasa-rasa dah bersawang agaknya :D Jangan maraah naa.

Sekarang makcik bz ya ampun dengan seorang lagi budak kecil kat rumah. Membaking? Nak masak tengahari pun kena berhenti kejap-kejap :P Insyaa Allah, panjang umur makcik kongsi apa-apa yang patut lagi (bila ada masa). Buat masa ni layan dulu sedua tiga gambar yang tak seberapa sejak makcik lepas bersalin :P

Belgium cheesecake in slices

Do you miss me? :P Bahaha.. Perasan